Assalamualaikum..
Hai hai..
"Eleh, kau pakai
tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"
"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"
"Eh,
sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik
betul!"
Sakit telinga
mendengar sakit lagi dalam hati.Kerana kata2 yang mcm nil ah ramai yang
tersungkur.Niat nak berubah terus tak jadi sebab kata-kata yang macam sampah
niy..Ini lah cabaran untuk orang2 yg
ingin berubah kea rah kebaikan , akan menerima kata-kata hinaan dari kaum
sebangsa dan seagama dengan kita.
Adakah Orang Yang Mahu Berubah Itu Hipokrit?
Tidak! Sama
sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk
berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.
Janganlah
berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia
akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan
kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.
Ujian ini
Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga,
kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.
Bagi yang
lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau
hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan
menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.
Saya paling
tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya,
'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu
menipu Allah?
menipu Allah?
Tidak. Sama
sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia.
Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat
terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit,
perubahan akan berlaku.
Allah tahu
segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu
terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi
sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis',
sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.
Dengan erti
kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah
diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang
terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan
kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti
dia akan putus asa apabila dicaci.
Untuk
mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.
Kesimpulan
Tak payah nak peduli dgr kata2 sampah mcm tu..yang sihat korang
yang sakit juga korang . Yang masuk neraka korang yang masuk syurga pon korang
, Takde ape pon dgn kata2 mcm tu , tak bawa kemana pon..
Wassalam , Peace , Bye