pernah tak korang fikir sebab ape korang blogging or ape faedahnya blogging selain dpt ramai kawan n share entry dengan orang lain , ezzah pon tak pasti , tp ezzah ade bce stu artikel yg tulis “ blogging membawa sejuta ringgit manfaat” korang pernah dengar tak..???
sebab – sebab artikel tu tulis ayat sebegitu ialah , jom kte bce
1. Berblogging ini umpama melatih diri untuk bermain dengan bahasa dengan lebih baik tidak kira anda menulis artikel dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekurang-kurangnya anda dapat melatih penulisan anda menjadi lebih baik. Blog di jadikan tempat membuat uji kaji terhadap susunan ayat, melodi dan alunan lagu dalam penulisan. Bagi mencapai bahasa penulisan yang baik ia perlu dilakukan secara berterusan.
2. Setiap post blog mempunyai ruang komen di bahagian bawah post untuk para pengunjung memberi pandangan dan komen mengenai topik tersebut. Pandangan dan komen ini sangat penting bagi melihat sejauh mana mesej yang di tulis sama ada dari segi perkongsian atau pendapat anda sebagai blogger ini dipersetujui dan samapai kepada para pengunjung. Komen daripada pengunjung.
3. Blogging tidak terlalu memerlukan waktu dan tenaga yang banyak. Semua terserah anda. Andalah yang menjadi manager atas diri dan pekerjaan anda. Anda dapat bekerja satu jam, dua jam, setengah hari atau satu hari, semua terserah anda. Tidak ada yang akan memarahi anda kerana anda bekerja untuk diri anda. Atau anda boleh saja anda bekerja pada malam hari, ketika orang lain sedang tidur lelap. Jadi lamanya waktu yang anda berikan untuk pekerjaan anda ini seluruhnya tergantung anda. Bermula dari yang sederhana, misalnya menulis satu artikel post yang pendek. Keesokkanya atau pada minggu seterusnya anda cuba menulis artikel yang lebih panjang daripada itu. Sebenarnya artikel pendek dan panjang tidak menjadi masalah.
3. Usia pun bukan masalah. Berapa pun usia anda, tidak ada halangan untuk memulai blogging. Tidak ada alasan terlalu muda atau terlalu tua untuk memulai kegiatan menulis menggunakan blog ini ini.
4. Kekekuragan fizikal bukan masalah. Ketidak upayaan anda secara fizikal tidak menghalang anda dalam blogging. Banyak orang yang tidak mampu secara fizikal yang telah blogging yang sangat membantu dan memberikan inspirasi kepada orang lain.
5. Apapun latar belakang anda, itu tidak penting. Apa pun warna kulit anda: hitam, putih, kuning, merah atau dari bangsa atau agama apa pun anda, semua bukan halangan untuk mula blogging. Kalau anda merasa “janggal” dengan dengan aktiviti menulis melalui blog ini (blog + writing = blogging) itu sebenarnya merupakan keadaan yang biasa. Itu adalah tanda anda akan meyesuaikan diri. Anda boleh mula blogging dengan thema keunikan diri anda itu. Susunlah secara menarik sehingga enak dibaca dan dapat menambah pengetahuan orang lain melalui post yang ditulis.
Sekarang bercerminlah anda. Apa yang anda miliki? Apa kelebihan diri anda? Apa keunikan peribadi, karakter, sifat, diri anda? Dan blogginglah! Yang perlu anda ingat, jadikanlah blogging itu seperti hiburan sehingga anda melakukannya dengan riang.
6. Untuk memulai menulis menggunakan medium blog, anda tidak perlu mengeluarkan wang. Anda pun tidak perlu menggunakan kredit kad untuk mendapatkan blog. Pada permulaannya, cukup sekadar menggunakan blogspot. Dan anda sudah boleh mula blogging. Anda tidak pandai menggunakan blogspot?sekarang banyak tutorial untuk new blogger ,
Yang anda perlukan juga adalah berupa idea-idea menarik untuk dan juga kemampuan memindahkannya menjadi bentuk tulisan agar mudah difahami para pembaca. Selepas itu, tunggu komen dan pandagan dari para pembaca blog anda. Senangkan?
7. Blogging juga akan memberi anda wang. Serius! Anda boleh menjana wang melalui iklan yang diletakkan di dalam blog contohnya Nuffnang dan Google Adsense. Keuntungan lainnya adalah adanya kepuasan batin. Kepuasan ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Seorang blogger, terutama blogger baru, akan merasakan kebanggaan dan kepuasan yang tiada taranya ketika ketika artikel postnya mula dipublish dan mendapat komen daripada para pembaca di blog sendiri. Dari sini barulah anda tahu blogging sungguh membahagiakan.
Korang setuju tak dengan sebab2 berikut…??kalo bagi ezzah ia sgt betol , tp setiap orang ade pendapat yg berbeza . Nak kongsi korang punye pendapat pulak , bleh komen di bawah .