You’re not Hipocrite


Assalamualaikum..
Hai hai..




"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"

"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"
"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"

Sakit telinga mendengar sakit lagi dalam hati.Kerana kata2 yang mcm nil ah ramai yang tersungkur.Niat nak berubah terus tak jadi sebab kata-kata yang macam sampah niy..Ini lah cabaran untuk  orang2 yg ingin berubah kea rah kebaikan , akan menerima kata-kata hinaan dari kaum sebangsa dan seagama dengan kita.

Adakah Orang Yang Mahu Berubah Itu Hipokrit?

Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,
izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.

Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu
lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.

Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang
tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.

Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu
menipu Allah?

Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.


Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita
keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.


Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.
Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.

Kesimpulan

Tak payah nak peduli dgr kata2 sampah mcm tu..yang sihat korang yang sakit juga korang . Yang masuk neraka korang yang masuk syurga pon korang , Takde ape pon dgn kata2 mcm tu , tak bawa kemana pon..

ps : aku lupe link blog yg aku bce artikel niy , tak bleh nk letak credit , sorii ye

Wassalam , Peace , Bye
 

Watlek^Watpeace^Muahh

2 comments:

Ummu Aiman said...

thanks for this post. sbb sy ckp kt kwn sy nk insaf dy perlekeh kan sy. nice entry (Y)

Anonymous said...

Not bad..

COPYRIGHT@HAK MILIK EZZAH WAHAB 2012