Faedah Belajar Secara Berkumpulan


Hye korang ,  eza nk kongsi dgn korang faedah belajar secara berkumpulan atau studygroup . Ada setengah orang ske membuat studygroup bersama kawan2 kerana boleh bertukar2 idea atau pendapat dan dapat berkongsi maklumat sesama rakan , tp tak semua orang berfikiran begitu , bg setengah yg lain pulak studygroup niy buang masa dan banyak bersembang dari berbincang . Yup , itu mmg betol tp ia bergantung pada diri setiap individu tu sendiri , kalo btol niat dia nk buad studygroup ia akan berfaedah pada individu tersebut , tp bg yg nk buad studygroup tp yg sebenarnya nk bersembang or what so ever ia mmg langsung tk berfaedah.

Antara faedah membuat studygroup :

   1.         apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan. Itulah sebab perkongsian pendapat dilakukan, supaya mereka dapat memilih jawapan yang paling sesuai. Dengan itu, murid-murid tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan.

2.     boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan. Andaikan bahawa semua orang dalam kumpulan tersebut kenali satu sama lain, dan seseorang daripada  kumpulan itu menjemput seorang yang baru dan tidak dikenali, mereka pasti akan memperkenalkan diri mereka agar ahli yang baru itu tidak terasa janggal

3.      belajar dalam kumpulan juga boleh mengurangkan perbelanjaan. Ini kerana dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama untuk membuat salinan dan mereka tidak perlu bersusah-payah dan membazir duit untuk membeli buku yang sudah dimiliki oleh salah satu ahli kumpulan.




Watlek^Watpeace^Muahh

1 comment:

Nyna said...

yup,,sure awak bleh tag sy untuk contest awak tu:)

COPYRIGHT@HAK MILIK EZZAH WAHAB 2012