Jelitawan mengungkapkan kecantikan adalah satu anugerah, namun ramai yang tidak menyedari bahawa kecantikan adalah musibah di sebalik anugerah.Berapa ramai wanita yang akhlaknya seindah rupa?berapa ramai wanita yang hatinya selembut bicara?nisbahnya hanya seorang daripada seribu sahaja.Yang gelap ingin menjadi cerah, yang gemuk ingin menjadi ramping, pendek kata, kecantikan adalah misi dalam mengejar visi kesempurnaan hidup.
Kalo korang lah kan , korang nk wajah cantik tak ? mesti korang cakap nak , ade sebahagian kecil sahaja yg akan cakap “cukuplah dengan apa yg Allah kurniakan”
Sabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi ia melihat hati dan amalan kamu"(HR Muslim)
Dalam hadis ini diperbandingkan antara kecantikan rupa paras dan kecantikan hati, antara kekayaan harta dan kekayaan amalan.Kenapa Nabi s.a.w membandingkan kecantikan rupa paras dengan hati, kenapa tidak dikatakan pangkat dan sebagainya, kerana fitrah alam kecantikan adalah tumpuan manusia.Tidak ada manusia yang tidak mahu berwajah cantik.Manusia yang cantik tidak semestinya berusaha untuk mendapat pangkat yang tinggi, tetapi manusia yang berpangkat tinggi akan berusaha untuk berwajah seayu bidadari.Ini menunjukkan kecantikan lebih diutamankan daripada jawatan.Renungi, betapa ramai gadis jelita yang musnah dalam kehidupannya, kerana mereka tidak punyai cita-cita, hanyut dibawa arus cinta dengan jejaka yang tidak seberapa.
Umpama semut, semut yang bersayap lebih cantik daripada semut yang tidak bersayap, semut yang tidak bersayap hanya mampu bersiar-siar di atas lantai simen yang disinari cahaya lampu.Sebaliknya semut yang bersayap akan terbang dan mengelilingi cahaya lampu, kerana sedikit kelebihan yang diberi tuhan ia terbang keriangan tanpa memikirkan bahawa kelebihan itu kadangkala musibah, akhirnya badan yang cantik dengan sayap nan indah terhinggap di mentol lampu akhirya ia mati kepanasan.Begitulah perumpaan wanita yang cantik dengan yang biasa, kecantikan menyebabkan anda akan dicari manusia dan mungkin di persinggahan itu anda rebah dan musnah segala-galanya.Seandainya anda diberikan wajah yang cantik, binalah hati secantik wajah agar Allah kurniakan teman hidup yang berhati jernih.
Sesungguhnya Allah akan menyatukan wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk.Bukanlah baik buruk persamaan pasangan dinilai pada wajah, tapi ianya pada hati lelaki dan wanita itu.Pandanglah sekeliling, anda akan dapati sepasang kekasih bagai ratu dengan pengemis, kecantikan pada pasangan wanita jauh lebih cantik daripada pasangan lelaki, namun itulah hakikatnya bahawa sekufu itu adalah pada hati bukanlah pada wajah.Wanita solehah pada padangan lelaki soleh adalah cukup berharga, walau wajah tidak semanis jiwa.Wanita yang menghiasi dunia dengan kesolehannya adalah penghuni syurga, dan wanita yang menghias dirinya dengan dunia adalah penghuni neraka.
No comments:
Post a Comment