Purata membuktikan kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki, di kampus negara nisbah mahasiswi adalah 65% berbanding mahasiswa yang hanya 35%.Dalam institusi keluarga pula, pasangan ibubapa yang melahirkan anak perempuan lebih ramai berbanding pasangan yang melahirkan anak lelaki.
Adab Melayu Yang Disalah Timbang
Hanya kerana peribahasa "Perigi Mencari Timba" kita mudah tersalah anggap, melihat wanita melamar lelaki maka kita katakan itu menyalahi adab, benarkah begitu?atau kita yang dikurung stigma masyarakat dahulu.
Sejarah islamlah yang perlu diikuti, adab islamlah yang paling terpuji.Siti Khadijah telah menunjukkan bukti, bahawa seorang wanita melamar lelaki itu adalah satu amalan terpuji, sebagaimana beliau melamar Rasulullah SAW.Apakah dalilnya yang membuatkan kalian untuk terus menanti, sehingga "andartu" dilempar ke muka dahi.
Bukanlah saya bermaksud kaum wanita perlu menawarkan diri, tidak sesekali.Namun kalian perlu mengerti, luahan 'rasa' itu kadangkala tidak semestinya dengan lafaz yang difahami, bahkan bahasa kiasan terlalu luas untuk dijadikan wasilahnya, atau gunakanlah 'orang tengah' yangsepatutnya.Andaikata kalian tidak berani untuk melakukan revolusi diri, kalian sememangnya akan terus menanti berganti hari.Andai ditemukan dengan jodoh yang di mimpi-mimpi, pastinya selaut syukur kehadrat ilahi, dan andai sebaliknya, kalian tidak boleh menyalahkan sang pencipta, kerana kalian sendiri tidak berusaha, walhal ianya tidak pernah menyalahi agama, hanya adab yang menipu bangsa.
Benarlah sudah dijanjikan Tuhan wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan yang buruk untuk yang buruk jua, namun menjadi keharusan untuk kita memilih sesuatu yang terbaik.Pilihlah yang terbaik selagi kita mampu usaha, kerana ia akan menjadi sebahagian daripada kebahagiaan rumahtangga.Jadilah seorang muslimah yang bermotivasi, dan punyai keyakinan diri, jangan hanya menunggu redha terhadap apa yang mendatangi.
Ditolak bukan bererti anda hina, diterima tidak semestinya dapat bersama, selagi ijab qabul belum menamatkan lafaznya, pertunangan itu hanyalah sebagai tanda.Yakinlah setiap jawapan itu ada hikmahnya, dan keberanian kalian itulah sesuatu yang mesti dibangga.
Masih ramai wanita yang "andartu' ke hari tua, dan sebenarnya mereka juga tidak pernah menjangkakannya sewaktu di usia muda, kerana itulah kita sewajarnya berusaha, usah tertipu dengan pepatah bangsa.
Fenomena di Universiti Al-azhar seorang wanita melamar lelaki bukanlah perkara luar biasa, namun anehnya kenapa mahasiswi tempatan tidak meneladaninya.Walhal mahasiswi tempatanlah yang lebih selayaknya, kerana bumi Azhari kaum hawa adalah sedikit berbanding kaum adam, dan kaum adamlah yang sepatutnya mencari sebelum hawa kehabisan 'ditanda' orang.
Universiti tempatan pula kaum adam adalah lebih sedikit berbanding kaum hawa, andai direnung sekali imbas, tak semua wanita akan bersuami andaikata seorang lelaki hanya memiliki seorang isteri.Maka revolusikanlah minda untuk menggapai bahagia, 'peganglah' andai sudah ada yang kita suka, janganlah terus terhimpit dengan peribahasa 'perigi mencari timba'.
Saban waktu bermonolog seorang diri, tercari-cari di mana letaknya kebahagiaan diri, perit si hati hanya bertongkat sabar setiap hari.Semua ini akan terus tertinta di dalam diari, selagi kalian tidak melakukan revolusi.Bangunlah dengan berani, kalian adalah serikandi, jadikan diri generasi madani, berani dan yakin dengan diri sendiri.Peganglah, panas sejuk hasilnya, Tanggunglah, untung rugi risikonya.Yang pasti kalian mesti berusaha, yakinlah dengan pencipta yang tidak sesekali menghampakan hambanya.
No comments:
Post a Comment